Objektif:
1. Untuk mengaplikasi prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang terlibat dalam penyediaan doh yis kepada pelbagai produk yis.
2. Untuk terus menentukan ciri-ciri jelas produk yis berkaitan dengan doh lain.
Amali
Sediakan doh yeast roll dan bentuk kepada
pelbagai produk.
Lembutkan yis dalam air suam. Lecurkan susu; masukkan
lemak sayur, gula dan garam. Tambah 1/2 cawan tepung dan kacau dengan rata.
Biar suam. Tambah yis yang dilembutkan dan telur dan pukul dengan baik.
Tambah tepung secukupnya untuk mendapatkan doh lembut dan biar selama 5
minit. Uli atas papan yang ditabur sedikit tepung sehingga licin
dan kenyal, iaitu selama 10 minit. Letakkan dalam mangkuk bergris,
gris bahagian atas dan tutup dengan kain lembab. Biar naik dalam
tempat panas ( 29 C ) sehingga isipadu meningkat dua kali ganda.
Bentuk menjadi roll.
Bek pada suhu 425 F.
Clover leaf roll:
Ambil 2 oz. doh Bahagi kepada 3 bahagian dan buat 3 biji bola. Letakkan 3 biji bola dalam tin mafin yang sedikit bergris. Biar naik 2 kali ganda.
Single knot roll:
Ambil 1 1/2 oz. doh dan buat seperti tali 6" panjang.
Buat gelung. Masukkan satu hujung tali ke dalam gelung. Letak roll atas
dulang pembakar dan biar naik dua kali ganda.
Aising:
1/2 C gula aising
1 1/2t susu
1/4t vanilla
Mentega
Canai doh kepada bentuk empat segi 9 X 12 inci. Berus dengan mentega cair. Percik dengan campuran serbuk kayu manis dan gula. Gulung seperti jelly roll. Kelimkan hujung sebelah panjang. Potong kepada 12 rol, 1 inci lebar. Letak bahagian potong di bawah ke dalam pembakar bersaiz 8 inci segi empat. Tutup dan biar naik sehingga 2 kali ganda. Bek selama 20-25 minit. Keluar dari bekas pembakar dan aisingkan semasa masih panas.
Ciri-ciri produk piawai bagi yeast roll:
Rupa: Roll adalah bersaiz sederhana dan sekata; permukaan yang berwarna perang cerah keemasan; bahagian dalam berwarna putih berkrim.
Grain: Sederhana halus, sekata, bahagian dalam kenyal apabila ditekan.
Kualiti memakan: Lembut, sedikit rintangan terhadap gigitan, bland, menyenangkan, dan lemak, ditambah dengan perisa lain yang dicampur.
Penilaian yeast roll
Rekod pemerhatian dan penjelasan
Yeast roll | Rupa | Grain | Kualiti memakan |