1. Untuk menyediakan potongan daging yang kurang lembut dengan pelbagai
kaedah memasak haba lembab.
2. Untuk menentukan kesan gabungan haba dan lembapan ke atas pelbagai
protein daging.
Amali
1. Sediakan daging dengan kaedah haba lembab mengikut resipi.
Potong daging stew menjadi kiub 3/4" . Campur tepung, garam, dan serbuk lada. Gaulkan daging dalam campuran tepung. Cairkan lemak. Perangkan kiub dalam lemak. Tambah air, sos Worcestershire, dan daun bay. Renih, bertutup, sehingga lembut iaitu selama 2 - 3 jam. Buang daun bay. Tambah sayuran; terus merenih lebih kurang 30 minit. Keluarkan lemak dari cecair stew. Campur 1T tepung dengan 2T air; masuk ke dalam stew; rebus selama 1 -2 minit dan hidang.
Gravi:
Selepas mengeluarkan daging dan sayuran dari periuk, tuang jus dalam
cawan mengukur. Dapatkan lemak yang terapung. Bagi setiap cawan gravi,
ukur 2T lemak masuk ke dalam periuk. Kemudian kacau amaun yang sama tepung.
Adunkan tepung dan lemak. Masukkan jus dan air seperti membuat sos
putih. Kacau sehingga campuran mendidih. tambah garam dan lada serbuk.
Penilaian Rekod pemerhatian dan penjelasan
Nama Produk | Kaedah melembut | Kelembutan | Kejusan | Perisa | Keberkesanan kaedah |