1. Untuk menerangkan komposisi dan nilai nutritif kekacang.
2. Untuk mengaplikasi prinsip-prinsip memasak kanji dan protein semasa menhidrat semula dan memasak kekacang kering.
3. Untuk menyediakan dan merasa masakan kekacang dan menghargai makanan yang berekonomi dan bernutrisi ini.
Amali:
Sediakan masakan kekacang mengikut resipi yang
diberi.
Arahan am untuk menyediakan kekacang
1. Satu cawan kekacang akan menghasilkan 2 1/4 cawan selepas masak.
2. Air lembut adalah lebih baik untuk merendam dan memasak kekacang. Anggarkan 2 1/2 sehingga 3 cawan air bagi 1 cawan kekacang.
3. Untuk menghidrat semula, samaada:
a. Rendam kekacang semalaman dalam air sejuk
b. Rebus kekacang dalam air lembut, tanpa tutup,
selama 2 minit; angkat dari api, tutup dan rendam selama 1 jam.
4. Masak kekacang dalam air merendam, terutamanya jika cara merendam cepat digunakan.
5. Kurangkan pembentukan buih dengan menambah 1T lemak( minyak ) bagi 1 cawan kekacang.
6. Apabila menggunakan periuk tekan, sejukkan
perlahan-lahan, dan jangan sejukkan di bawah air sejuk untuk mengelak kekacang
menjadi benyek.
4 C beras
5 C air ( termasuk air dari rebusan kacang dal
)
1C kacang dal ( direndam )
4T minyak sapi
1t sebuk jintan putih
1t serbuk jintan manis
Bahan-bahan ditumis:
½ cawan bawang merah yang dimayang
4 ulas bawang putih ( saiz kecil )
Kulit kayu manis - 6 cm
Bunga lawang 2 kuntum
Bunga cengkih 6 kuntum
Pelaga 4 kuntum
Cara membuat:
1. Rebus dal sehingga empuk. Sejat. Simpan air.
2. Panaskan minyak sapi.
3. Masukkan bahan tumis, serbuk jintan
putih dan serbuk jintan manis, dan biar sehingga bawang layu.
4. Masukkan air. Biar mendidih.
5. Masukkan beras, dal dan garam.
6. Masak sehingga nasi kering.