PENILAIAN dan KAWALAN MUTU MAKANAN
( IMG 303 )
 

Tujuan kursus:  Mendedahkan pelajar-pelajar kepada  prinsip-prinsip Penilaian dan Kawalan Mutu Makanan serta   Akta dan Perundangan Makanan. Ini ialah satu kursus di mana anda belajar bagaimana melakukan satu kerja spesifik dalam industri makanan, iaitu menjalanai program asas bagi sesebuah kilangi makanan. Selepas mengambil kursus ini anda akan berupayamenguruskan proses ini termasuk mendefinisikan masalah, merekabentuk ujian, menjalankan ujian dan mengambil data, menilai data, serta buat saranan mengenai masalah.
 
Kursus ini akan dikendalikan oleh 2 orang pensyarah iaitu:

1.  Prof. Madya C.C. Seow   -   2 unit ( Kawalan Mutu dan sebahagian dari Penilaian Deria )
2. Dr. Ruzita Ahmad              -    1 unit ( Penilaian Deria dan Makmal Penilaian Deria )

Kerja kursus ialah 30% yang terdiri dari 2 ujian(20%) dan laporan  makmal (10%).
 
MAKMAL

Tajuk-tajuk makmal ialah seperti berikut:

1. Mengenalpasti keempat-empat rasa asas
2. Ujian Kepekaan
3. Mengenalpasti aroma
4. Ujian segitiga
5. Ujian pasangan
6. Ujian duo-trio
7.  Ujian pangkat
8. Ujian hedonik
9. Ujian analisis diskriptif
10. Ujian sifat-sifat tekstur makanan

Amali 1, 2, dan 3 digabung sebagai laporan 1.
Amali 4, 5 dan 6  digabung sebagai laporan 2.
Amali 7 dan 8 digabung sebagai laporan 3.
Amali 9 dihantar sebagai laporan 4  secara kumpulan; 1 kumpulan 1 laporan.
Amali 10 dihantar sebagai laporan 5.

Laporan amali hendaklah ditulis secara ringkas dan padat. Bahagian pengenalan tidak melebihi 3 muka-surat. Bahagian bahan dan kaedah tidak perlu ditulis. Bahagian keputusan dan perbincangan mestilah padat.

Laporan perlu dihantar pada minggu berikutnya. Laporan lewat akan dipotong markah.
 

Buku-buku Rujukan Penilaian Deria

1.  Principles of Sensory Evaluation of Food.
Amerine and Pangborn

2.  Product Testing and Sensory Evaluation of Food

3.  Sensory Evaluation Practices.
Herbert Stone, Joel L. Sidel.

4.  Sensory Analysis of Foods

J.R. Piggott