| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
MEMASAK  NASI dan PASTA
 

Objektif

1. Untuk menentukan bahagian-bahagian butir, pemprsesan, dan/atau ramuan-ramuan yang membezakan pelbagai jenis beras dan pasta.
2. Untuk menentukan keupayaan mengaplikasi prinsip-prinsip memasak kanji dan bijirin terhadap penyediaan nasi dan pasta.
3. Untuk mengenalpasti produk piawai dan kaedah-kaedah memasak yang akan memperolehi dan memulihara nutrien.

Amali

1. Tunjukkan kesan amaun air memasak ke atas ciri-ciri nasi.
2. Sedia dan banding ciri-ciri beberapa jenis beras.
3. Sedia pelbagai pasta, termasuk noodle buatan rumah ( homemade ).
4. Tentukan peningkatan isipadu bagi nasi dan pasta.

1. Sediakan nasi dengan beras biasa mengikut  kaedah-kaedah yang disebut di bawah:

Nasi ( air minimum )

1/3 C  beras
¾ C  air
1/4t garam

Masukkan beras, air dan garam dalam periuk yang tebal; tutup dengan tudung yang ketat. Biarkan mendidih; kecilkan api kepada sangat rendah dan masak sehingga nasi masak, lebih kurang 15-25 minit bergantung kepada varaiti beras dan suhu. ( Tambah sedikit air jika perlu untuk mengelak jadi hangit ).

Kaedah ketuhar:  Campur beras, air mendidih, dan garam dalam bekasa kaca membek yang bertutup.  Bek pada 350F sehingga masak, iaitu selama 30 minit.

Nasi ( lebih air )

1/3 C beras               2 ½ C air
1t garam

Masukkan beras dalam penapis untuk menyingkir kanji berlebihan.  Masukkan perlahan-lahan  dalam air bergaram yang mendidih dan didih perlahan-lahan tanpa ditudung , lebih kurang 15-20 minit.  Bilas nasi sekali lagi selepas memasak dengan air panas untuk membuang kanji berlebihan.
 
 
Nasi ( periuk nasi elektrik )

1 cawan beras
Air sehingga ke takat periuk

Basuh beras tiga kali. Bilas. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambah air sehingga ke takat. Tutup periuk dan tekan butang. Tunggu sehingga nasi masak. Gembur nasi.
 

Nasi ( microwave )

Basuh beras 3 kali. Bilas. Tambah 1 ½ C air kepada beras  dalam bekasa kaca kaserol. Tutup dengan tuala kertas dapur
( jangan tutup rapat, kerana air akan menggelegak keluar ).   Masak pada kuasa tinggi ( 100% ) selama 12 minit. Keluarkan, gembur nasi dengan garpu dan biar selama 3-4 minit untuk menyerap air. Nasi akan terpisah dengan elok.

Untuk lebih nasi, tambah 4 minit dan 1 1/2 C air bagi satu cawan.

 Masa yang diberi  ialah bagi ketuhar 650 watt. Kurangkan masa selama 15 saat per minit bagi ketuhar 700watt. Tingkatkan masa selama 20 saat per minit bagi ketuhar 500 watt.
 
 
                                           Nasi tomato
 
                                            2 cawan beras
                                            3 cawan air
                                       1 1/2 biji bawang besar
                                         3 ulas bawang putih
                                             30g halia
                                        Sehelai daun pandan
                                         1 1/2T minyak sapi
                                           2t  tomato puri
                                   1 biji tomato sederhana - dicincang
                                           1/4C susu cair
                                        1 tangkai daun salderi
                                           Rempah tumis:
                                          3cm kayu manis
                                       1 kuntum bunga lawang
                                       3 kuntum bunga cengkih
                                        2 kuntum buah pelaga
Cara

Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah tumis dalam 1 1/2 T minyak sapi dalam periuk..  Apabila bawang wangi
tambah air dan susu. Apabila mendidih masukkan ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang telah dibersihkan. Masukkan
garam. Apabila hampir masak, masukkan 1 tangkai daun salderi.
 
                                           Pulut tanak
                                          1 C beras pulut
                                            1 1/4 C air
                      Masukkan beras pulut dalam periuk nasi. Masak sehingga nasi masak.
 
 
 
 Beras perang ( microwave )

Tambah 3 cawan air kepada 1 cawan beras dan tutup bekas dengan kaserol kaca dengan tuala kertas dapur.  Masak dengan kuasa tinggi ( 100% ) selama 29 minit. Gembur nasi dengan garpu dan biar selama 3 –4 minit.
 

Wild Rice

¼ C beras
2 C air
1/2t garam

Bilas beras menggunakan penapis dengan air sejuk. Masukkan perlahan-lahan ke dalam air  bergaram yang menggelegak dan terus merebus perlahan-lahan sehingga 30 minit. Sejat. Tuang nasi  ke dalam bekas untuk penilaian.
 
Pulut kukus 

Rendam 1 cawan  pulut selama 4 jam.

Sediakan kukus. Apabila air mendidih letakkan pulut atas kukusan. Selepas 10 minit periksa pulut dan perhatikan teksturnya. Kukus hingga pulut masak.

Catatkan masa yang diperlukan bagi pulut untuk masak.
 
 
2. Sediakan pelabagai pasta

a. Sedia spaghetti komersil dan produk noodle mengikut arahan pekej, menggunakan amaun yang menghasil 1 cawan produk masak.

b. Sediakan homemade noodle mengikut resipi yang diberi.
 

Homemade noodles

½ telur, dipukul
1T susu
1/4t garam
½ hingga 2/3 c tepung yang diayak

Campur telur, susu dan garam. tambah tepung untuk menjadikan doh keras. Canai  nipis atas papan yang ditabur tepung. Biar selama 20 minit untuk separa kering. Gulung longgar dan potong seleber ¼ inci. Sebarkan dan biar kering semasa kelas.  ( Dua jam atau lebih ).

Untuk memasak:  Masukkan dalam air mendidih yang bergaram dan masak tanpa ditutup selama 10 minit ; atau rebus selama 2 minit, tutup, angkat dari aoi dan biar  sehingga lembut, lebih kurang 10 minit.

Ciri-ciri produk piawai bagi nasi

Rupa:  Putih bersih; seroi, dengan butir yang terpisah.
Tekstur: Ringan dan gebu; butir adalah lembut tetapi kukuh dan “chewy”.
Perisa:   Ciri-ciri mengikut jenis beras; tiada perisa kanji mentah.

Penilaian nasi:  Rekod pemerhatian dan penjelasan.
 

Ciri-ciri produk piawai bagi pasta

Rupa:  Utas-utas yang terpisah tetapi utuh; warna adalah mengikut jenis.
Tekstur: Kukuh, tetapi lembut ; lembap dan tergelatinisasi sepenuhnya.
Perisa: Lembut atau “bland”, noodles mempunyai perisa telur; tiada perisa kanji mentah.

Penilaian pasta. Rekod pemerhatian dan penjelasan.