|1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
Memasak bijirin
Objektif

1.  Untuk mengenali pelbagai produk bijirin masak dan mengenalpasti pemprosesan yang memberinya ciri-ciri yang unik.
2.  Untuk menunjuk keupayaan mengenali dan menghasilkan produk bijirin masak.
3. Untuk menilai arahan pakej berkaitan masalah yang dihadapi dengan  pengetulan dan perisa kanji mentah pada sesetengah bijirin.

Amali

1.  Sediakan bijirin
2. Sediakan cornmeal mush
3. Sedia noodle

1. Sediakan 2 hidangan setiap bijirin mengikut arahan pakej.

Ot  terlindis ( rolled oats )
 

a.  Masak sehingga kanji hilang perisa kanji mentah.  Tambah air jika perlu. Bijirin boleh dikacau perlahan-lahan dengan garpu.

b.  Rekod masa memasak.
 
 Ot sarapan pagi

1/3 – ½ C ot masak segera
¾  - 1 C air

Masak mikro selama 1 minit. Kacau. Masak selama 1 minit lagi.

Variasi:  Tambah  sultana, aprikot kering dicincang
Guna madu, golden syrup

Menggunakan ot tergilis ( rolled ot ): rendam semalaman dalam air sejuk.  Masak
1 – 2 minit lebih.
 

Fried Corn-meal Mush

1/2 C corn meal ( tepung jagung )
2C air
1/2t garam
Tepung
Lemak  untuk menggoreng

Campur 1/2C air dengan corn meal. Kacau corn meal kepada air garam berlebihan. Masak, kacau selalu, sehingga campuran memekat dan mendidih. Tutup dan terus memasak atas api kecil selama 10 minit. Pek corn meal mush  ke dalam acuan  lof
( loaf pan ) yang diminyakkan. Sejukkan beberapa jam. Keluar dari acuan dan potong mush kepada hirisan 1/2 inci. Celup dalam tepung dan goreng perlahan-lahan dalam lemak panas sehingga sedikit perang, iaitu selama 7 minit pada setiap permukaan. Hidang dengan sirap mapel.

Ciri-ciri produk piawai bagi bijirin

Rupa:  Warna, tipikal bagi bijirin; tiada kekam ( scum ) pada permukaan.
Tekstur:  Ringan, kekonsistenan homegenus dengan partikel yang jelas, tipikal bagi bijirin. Bebas dari gumpalan bijirin dan partikel keras selulosa.
Perisa:  Lembab, rasaan mulut sedikit "chewy". Perisa lembut, tipikal bagi jenis bijirin, diperasa dengan baik, dan bebas dari perisa kanji mentah.