| 1 | 2 | 3 |
 
 
2. CIRI-CIRI PES KANJI

Objektif:

1.  Untuk menunjukkan kaedah memekat campuran kanji.
2.  Untuk menggunakan teknik-teknik untuk menghalang pembentukan ketulan.
3. Memperihalkan kesan gula, asid, dan masa memasak yang panjang ke atas produk yang dipekat dengan kanji.
4. Untuk menunjukkan keupayaan menyediakan sos yang dipekat dengan kanji dengan viskositi yang berjulat di antara 1 hingga 4T tepung per 1 cawan cecair.
5.  Untuk mengenalpasti produk piawai bagi sos  yang dipekatkan dengan kanji bagi viskositi tertentu.
6. Berupaya untuk menyediakan sos putih, yang menjadi asas kepada banyak makanan, tanpa resipi.

Amali

1. Tentukan keberkesanan pelbagai kaedah memisahkan granul kanji.
2.  Memerhati pelbagai faktor yang mempengaruhi ciri-ciri pes kenji tergelatinisasi.
3.  Sedia sos putih asas dan variasi.

1.  Kaedah memisahkan granul kanji 
Kacau 1/2 C air mendidih kepada 1T tepung yang dicampur dengan  ramuan di bawah:
 
 
Ramuan yang memisahkan granul kanji Nisbah ramuan memisah dan tepung Pemerhatian dan penerangan Kegunaan
a) Tiada
b) 3T gula
c) 1T lemak pepejal
d) 1T lemak cair
e) 2T air sejuk
f) Tiada - guna tepung segera 
 

Kesan gula ke atas gel kanji

a.  Campur 1T kanji jagung dengan amaun air yang disebut di bawah:
b. Dengan perlahan-lahan, kacau 1/2C air.
c. Masak atas api sederhana, kacau perlahan-lahan, sehingga campuran mendidih.
d.  Tuang dalam cawan kastad dan sejukkan.
e.  Rekod pemerhatian dan penerangan.
 
 
Amaun gula Kelutcahayaan   Kekukuhan gel
a) 1 T gula
b) 1/4 C gula
 

Kesan asid dan masa memasak yang panjang ke atas gel kanji

a. Dengan perlahan-lahan kacau 1 cawan air sejuk  ( atau campuran 1/4 C jus lemon dan 3/4 C air sejuk ) ke dalam 2T kanji jagung.

b.  Masak atas api sederhana, kacau perlahan-lahan, sehingga campuran mendidih.

c.  Tutup dan terus mendidih dengan sangat perlahan-lahan atas api selama 2 atau 10 minit seperti yang diarah di bawah.

d.  Tuang ke dalam cawan kastad dan sejukkan.

e.  Keluarkan ke atas piring.

f.  Rekod pemerhatian dan penerangan.
 
 
Ramuan pes kanji Masa memasak Pemerhatian Penerangan
a) Kanji jagung dan air 2 minit
b) Kanji jagung dan air 10 minit
c) Kanji jagung, air, dan jus lemon 2 minit
d) Kanji jagung, air, dan jus lemon 10 minit