Objektif
1. Meninjau pelbagai kaedah memasak bagi sayuran segar dan sejuk-beku.
2. Menyediakan sayuran yang kurang dikenali untuk memeberi lebih peluang untik menghargai ciri-ciri sayuran.
Amali
Sediakan sayuran mengikut resipi yang diberi:
Sos putih: Rujuk bahagian pes kanji
Serbuk roti bermentega: Sebatikan 1/4 c
serbuk roti kering yang halus dengan 1T mentega yang telah dicairkan.
Rebus asparagus. Sediakan sos putih, sejuk sedikit, dan kacaukan keju ke
dalamnya. Tuang sos keju atas
asparagus yang disejat dan hidang.
Rebus brokoli. Sediakan sos putih. Dalam bekas kaca membek, selang-selikan
lapisan brokoli, sos putih, dan
keju. Ulangi sehingga semua brokoli digunakan. Tabur serbuk
roti bermentega dan bek tanpa ditutup pada
suhu 375F selama 20 minit. Tabur dengan paprika.
Rebus bunga kubis. Campur semua ingredien yang tertinggal, panas, dan tuang
atas bunga kubis yang masih panas
dan sudah disejat.
Bersihkan bayam dan siang. Ambil daun, tangkai dan batang lembut. Panaskan
minyak dan tumis bawang merah,
dan bawang putih. Apabila bawang layu, masukkan udang dan sedikit air.
Akhir sekali masukkan bayam. Apabila
bayam telah layu masukkan sedikit gula dan garam.
Siang ketola
dengan mengupas kulit. Selepas kulit dikupas akan masih tertinggal
sedikit kulit pada isi ketola, dan ini
adalah boleh
diterima. Potong ketola membujur. Masukkan bawang merah, bawang putih,
cili merah, udang dan ketola
kedalam
santan. Rebus dengan api yang kecil, dan kacau selalu, sehingga ketola
lembut. Masukkan tang-hoon. Biar
lebih kurang
2 minit. Masukkan garam dan gula.
Bahan-bahan
tumis
1/2 biji
bawang besar dihiris halus
1/2t biji
sawi
1/2t
kacang hitam
1/2 tangkai
daun kari
Cara:
Rebus
kacang dal yang sudah direndam dengan menggunakan 1 1/2C air, serbuk kunyit,
daun kari dan sedikit garam.
Rebus
anggaran 15-20 minit atau sehingga dal empuk.
Masukkan
jintan putih dan serbuk ketumbar pada cili kering - bawang putih dan campurkan
bahan-bahan ini dengan
kubis
yang dihiris. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumis. Apabila
bawangnya layu, masukkan kubis
dan masak
sambil dikacau selama 5 minit. Tuang dal yang sudah direbus dalam
periuk dan masukkan santan.
Masukkan
garam dan gula.Tutup dan renih selama 5 minit.