LEMAK
 
Lemak cecair ialah konduktor baik bagi haba. Ia mempunyai kebaikan dari segi kenaikan suhu yang dtidak dihadkan oleh mendidih, seperti mana air. Makanan yang digoreng dalam minyak bukan sahaja masak, tetapi ia cukup panas untuk memerang.

Langkah berjaga-jaga:

Menggoreng makanan dalam amaun lemak yang banyak adalah merbahaya. Pastikan anda tahu kedudukan fire extinguisher dan tahu bagaimana menggunanya sebelum menggoreng makanan. Berbeza dengan air, suhu lemak akan terus meningkat selepas ia cukup panas untk berasap. Bukan sahaja lemak  boleh menjadi lebih panas dari air, tetapi apabila ia panas, ia boleh terbakar.  Letakkan periuk yang digunakan dengan tangkainya  jauh dari anda untuk mengelak tertumpah. Jangan bubuh lebih dari setengah penuh dengan minyak.  Guna termometer bagi lemak dan jangan biarkan suhu meningkat lebih dari 196 C. JIka terjadi kebakaran, tutup semua api dan letakkan tudung atas periuk untuk mengelak udara.  Jika unit ialah elektrik, angkat periuk dari unit.  Guna tuala berat yang basah untuk memadamkan api diluar periuk.  Ingat bahawa air cum akan merebakkan lemak dan flem.
 

Doughnut ( baking powder )

1 7/8 C tepung yang diayak
1/2 C gula
1 1/2 t serbuk penaik
1/2t garam
1/4t serbuk kayu manis
1/4t serbuk pala
1/4t vanilla
1T lemak masak ( shortening )
 

Sukat 3/4 cawan tepung dan ramuan yang lebih ke dalam mangkuk mencampur. Adun  1/2 minit  pada mixer elektrik, dengan mengikis mangkuk selalu.  Pukul selama 2 minit pada kelajuan sederhana.  Kacaukan  masuk tepung  yang berlebihan.Sejukkan. Canaikan 1/2 dari doh atas papan yang ditabur tepung kepada ketebalan 3/8 inci.  Potong doughnut menggunakan pemotong 2 3/4 inci. Goreng dalam lemak 375 F sehingga perang, dipusing sekali ( lebih kurang  1/2 minit pada setiap permukaan ).  Sejat atas tuala kertas. Golek dan kocak dalam gula jika suka.

Apple fritters
1/3 cawan tepung yang diayak
3/4t sebuk penaik
1  1/2 t gula
sedikit garam
1 telur, dipukul sedikit
3T susu
1/2t lelemak ( shortening dicair )
2 epal sederhana, dikupas dan dihiris lapan

Ayak bersama tepung, serbuk penaik, gula dan garam. Campur telur, susu, dan lelemak. Campur bahan kering dan bahan cecair seperti muffin.  Celup epal dalam bater dan goreng pada suhu 375 F selama 4 minit atau sehingga perang. Sejat dan hidang panas dengan sirap maple.

French Fried Onion Rings
1 biji bawang besar  ( jenis kuning )
1/2 cawan susu
1 cawan tepung
1 biji telur dipukul sedikit
1/2 cawan buttermilk
1 cawan serbuk roti

Kupas bawang, potong kepada 1/4 inci menjadi cincin. Celup cincin ke dalam susu dan kemudian tepung. Campur telur dan buttermilk. Celup cincin bawang ke dalam campuran telur-buttermilk, kemudian salut dengan serbuk roti.  Letak    ( satu lapisan ) atas  dulang pembakar dan biar selama 20 minit.  Goreng, beberapa cincin sekali dalam lemak suhu 365 F; sehingga perang keemasan. Sejat atas tuala kertas dan tabur garam.

Tuna Croquettes
1 1/2T mentega
3T tepung
1/2t garam
1/2 cawan susu
1/2 cawan  ikan tuna, disejak dan diflek
1 1/2 t bawang diparut
1T parsli dicincang
1T jus lemon
1/2 telur dipukul
1/4 C serbuk roti

Buat sos putih dengan mentega, tepung, garam dan susu. Kacau masuk tuna, bawang, parsli, dan jus. Sebarkan campuran dengan nipis atas kertas lilin atas dulang pembakar. Sejukkan selama 30 minit atau cukup keras yntuk dibentuk.  Bentuk dalam bentuk cone atau bola, celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Sejukdan goreng pada suhu 365 F sehingga perang keemasan. Sejat dan hidang panas-panas.
 

Ciri-ciri produk piawai bagi makanan yang digoreng

Rupa:

Permukaan luar sepatutnya halus dan masak ke warna perang keemasan.  Bahagian dalaman adalah masak sepenuhnya dan tidak "makan minyak" ( soggy ).

Kesedapan:

Kerak adalah lembut dan rangup ( tidak makan minyak ).
Produk adalah bebas dari rasa berminyak.

Rekod pemerhatian dan penjelasan bagi setiap produk.