TUGASAN

Tugasan akan disediakan secara kumpulan, dan panjangnya ialah lebih 30 muka surat.  Anda digalakkan mendapat maklumat terkini mengenai sesuatu komoditi tempatan dalam pasaran tempatan dan luar negara dari segi jenis-jenisnya dan kegunaanya dalam masakan( beri contoh kegunaanya dalam beberapa resipi-resipi tertentu ). Dengan menumpukan kajian anda pada Masyarakat di Malaysia, bincangkan juga  penghindarannya dalam daerah-daerah tertentu ( contohnya ikan keli yang merupakan ikan air tawar tidak dimakan oleh sesetengah orang di kawasan-kawasan tertentu ),  penghindaran sesetengah makanan oleh etnik tertentu oleh sebab keagamaan atau pun adat resam ( contohnya daging lembu tidak makan oleh individu yang beragama hindu). Bukan sahaja sesuatu makanan  itu kadangkala hanya terdapat di sesuatu darah sahaja, tetapi cara masakan sesuatu makanan itu juga adalah berbeza mengikut daerah. Sebaik  mungkin, kenalpasti  resipi-resipi tertentu yang khusus bagi sesuatu daerah, yang menggunakan komoditi yang anda kaji sebagai  ramuan utama.

Selain dari sumbangan nutrisi, perbincangan anda juga perlu merangkumi kegunaan ( sebagai makanan )  sesetegah dari komoditi tersebut untuk tujuan kesihatan atau perubatan, contohnya ikan haruan dipercayai oleh masyarakat Melayu boleh menyembuhkan luka-luka dalaman dan ia sering dimakan oleh pesakit-pesakit selepas menjalani pembedahan.

Pastikan anda memasukkan bahan rujukan dengan cara yang betul.
 

Kumpulan 1:  Kekacang dan bijirin

Kumpulan 2:  Tenusu ( Susu dan produk-produk susu )

Kumpulan 3:  Daging ( termasuk ayam-itik )

Kumpulan 4 : Ikan dan kekarang ( shellfish )

Kumpulan 5 :  Telur,   Rempah dan herba ( ulam-ulaman )

Kumpulan 6 :  Sayur-sayuran( tidak termasuk ulam-ulaman ) dan buah-buahan