ANALISIS DISKRIPTIF
 

   Klasifikasi Kaedah Analisis Diskriptif
________________________________________________________________________
Kualitatif                                                                                       Kuantitatif

Profil perisa                                                                             Profil Tekstur
Pakar-pakar                                                                            Analisis Diskriptif
(brewmaster, vinemaster,                                                         Kuantitatif
perfumer)
________________________________________________________________________

  Ahli  Panel Analisis Diskriptif
 

Memilih dan melatih ahli panel

            Seseorang itu tidak memerlukan kepekaan deria yang luar biasa peka untuk menjadi ahli panel.  Ahli-ahli panel perlu bermotivasi.   Mereka perlu mempunyai kesabaran dan keupayaan untuk pembentukan istilah-istilah yang mereka boleh gunakan  untuk kerja-kerja diskriptif.

Motivasi
 
           Kehendak untuk mengambil bahagian merupakan keperluan yang utama bagi penyertaan panel.  Analisis deskriptif memerlukan masa dan komitment.
 

Kecerdasan dan komunikasi verbal

         Analisis deskriptif memerlukan penyertaan yang cerdas. Selain dari itu, individu yang pemalu tidak dapat memberi sumbangan yang baik.

Bekerjasama, personaliti yang tidak menguasai

         Seorang yang bersikap menguasai orang lain cenderung untuk memaksa pendapatnya kepada kumpulan. Ambil kira jawatan ahli-ahli panel. Jika terdapat ketua di kalangan pekerja-pekerja biasa, akan terjadi situasi di mana pendapat ketua menjadi pendapat kumpulan.
 
 

Pembentukan bahasa diskriptif

Salah satu masalah umum bagi ujian-ujian diskriptif ialah pembentukan senarai ciri-ciri pemerian bahan tertentu yang dinilai. Perbendaharaan kata mungkin perlu dibentuk dari awal sebagai sebahagian dari proses latihan. Senarai 44 istilah oleh Harper boleh digunakan, tetapi ia tidak dapat merangkumi semua 10,000 jenis odor yang hadir. Berdasarkan senarai Harper, Dravniek (1977), menghasilkan satu senarai yang lebih panjang.

Apabila individu menjadi biasa dengan produk, ia akan mempersepsi ciri-ciri tambahan dalam produk.  Pemerian mereka akan berubah. Sesetengah dari ciri timbul dan sesetengahnya akan hilang. Maklumbalas akan memperbaiki pembentukan bahasa. Ia akan menunjukkan kepada ahli panel di mana mereka setuju dan di mana mereka tidak setuju.  Ia memberi petunjuk untuk diambil perhatian oleh ahli panel apabila mereka membuat profil diskriptif.  Ahli panel akan rasa lebih bermotivasi kerana dapat memerihalkan produk dengan betul.

Semasa pembentukan bahasa, perlu diadakan  bahan yang dimaksudkan sebagai rujukan. Contohnya, jika kumpulan mendapati bau “seperti mentega”, adakan mentega agar semua
Ahli faham apa yang dimaksudkan dengan bau “seperti mentega”.  Kumpulan bebas mengadakan bahasa mereka sendiri jika istilah yang mereka kehendaki tidak terdapat di
Mana-mana senarai yang sedia ada.  Contohnya istilah  “pedar” yang digunakan dalam
bahasa  melayu yang merujuk kepada rasa pada buah-buah jenis limau.
 

    PROFIL PERISA
 

Pengklasan odor

   John Amoore( 1952 ) membuat hipotesis bahawa terdapat 7 odor primer, di mana kombinasi kesemua 7 odor ini adalah memadai untuk menghasil semua mutu odor yang diketahui.  Penguji produk boleh menggunakan sistem Amoore ini sebagai satu titik permulaan, tetapi mereka perlu ingat bahawa sistem Amoore mengandungi terlalu sedikit
bauan  sebagai rujukan dan  penggunaan bahasanya  adalah agak terbatas.

         Ronald Harper dan rakan-rakan setugasnya  yang bekerja di Food  Research Laboratory di Norwich, England, mengambil pendekatan yang berlainan.  Mereka membentuk satu kamus istilah-istilah diskriptif yang boleh digunakan sebagai bahasa makanan dan minuman.

         Mereka sedar bahawa : (1) senarai ini kekurangan istilah-istilah dan akan sentiasa tidak lengkap; (2) senarai ini dapat memerihalkan aroma banyak produk makanan, tetapi tidak semua; dan (3) senarai ini tidak mewakili primer odor biologi, tetapi menyediakan satu kamus istilah-istilah untuk pemerian pragmatik.

        Penyelidik-penyelidik ini memilih 44 perkataan, yang mereka rasa dapat merangkumi persepsi olfaktori.

Jadual 1:  Perkataan-perkataan memprofil odor ( skala Harper )

Pg. 26, Product testing and Sensory Evaluation of Foods, Moskovitz.

Dravniek, pada akhir tahun lapan puluhan membuat satu senarai pemerian odor berdasarkan senarai Harper.

Jadual 2:  Dravneiks expanded list of odor descriptors

Pg.35, Product Testing and Sensory Evaluation of Foods, Moskovitz

PROFIL TEKSTUR
 

         Profil tekstur adalah lebih susah daripada profil perisa kerana kita tidak boleh menggunakan bahan-bahan kimia tulen sebagai bahan rujukan.  Dalam kebanyakan kes,
Bahan-bahan komersial terpaksa digunakan. Ini menimbulkan masalah kerana produk komersial tidak sentiasa kedapatan, penghasilannya sengaja dijadikan tidak sama bagi negara-negara tertentu, atau kegunaannya adalah terhad mengikut amalan budaya dan keagamaan. Satu lagi kesusahan ialah, seorang ahli panel boleh disuruh mentaksir keamatan perisa keseluruhan tetapi tidak untuk tekstur.
 

ANALISIS KUANTITATIF DISKRIPTIF

Ahli panel QDA(Quantitative Descriptive Analysis) sering dilatih untuk sejenis produk sahaja.

Ahli panel dan ketua mengambil bahagian dalam pembentukan bahasa, tetapi ketua tidak mengambil bahagian secara aktif semasa penilaian produk. Seorang ahli panel baru boleh dilatih dalam masa 20 jam.

Menyaring bakal  ahli panel

Zook dan Wessman (1977), mencadangkan agar calon-calon QDA disaring untuk keupayaan mendiskriminasi mereka dengan menggunakan ujian segi-tiga.  Mereka berpendapat bahawa bakal ahli panel sekurang-kurangnya berjaya 70% memilih sampel yang ganjil.

Word dan Gress(1981) mencadangkan kegunaan ujian segi-tiga bersama dengan analisis
sekuensial  untuk mengurangkan amaun pengujian.

Seringkali perbendaharaan kata timbul dari mensampel makanan dan membincang nilai dan makna istilah-istilah di kalangan penilai-penilai dan ketua. Selalunya tidak kurang dari 4 sesi adalah perlu.

Pembentukan kaedah QDA timbul dari beberapa rerkara-perkara yang perlu diambil kira
agar ia adalah:

1. Responsif terhadap semua ciri-ciri deria
2. Ujian multiproduk
3. Menggunakan bilangan subjek yang terhad
4. Menggunakan subjek yang terlatih sebelum mengambil bahagian
5. Menggunakan pembentukan bahasa yang bebas dari pengaruh kumpulan
6. Adalah kuantitatif
7. Mempunyai sistem analisis data yang berguna
8. Mempunyai keupayaan memproses data

Analisis deskriptif menyediakan pemerian lengkap semua sifat-sifat deria produk. Adalah tidak patut, jika kita seorang subjek dikehendaki mengasingkan sensasi-sensasi tertentu, kerana interaksi berlaku pada otak dan sensasi-sensasi ini memuncak dalam respons tingkahlaku. Respons terhadap kemanisan minuman akan merangkumi
kesan   interaktif warna, aroma, dan lain-lain.
 

      Ujian QDA adalah multiproduk kerana kita ingin mengambil kesempatan atas kemahiran ahli panel kita menilai perbezaan.
 
       Bilangan subjek yang disarankan ialah 10-12 orang. Jika melebihi 12 orang, adalah susah untuk mendapat perhatian subjek. Bilangan yang kurang dari 5 orang tidak digalakkan kerana terlalu bergantung kepada pendapat subjek yang terlalu sedikit.

         Setiap subjek mestilah layak sebelum mengambil bahagian. Subjek mesti kedapatan. Ia juga  mestilah seorang pengguna atau bakal pengguna produk; syarat ini adalah penting kerana individu akan didedahkan berkali-kali kepada produk, jadi individu
yang tidak suka atau tidak akan menggunakan produk adalah kurang sensitif terhadap perbezaan-perbezaan produk.  Subjek mesti menunjukkan keupayaan mempersepsi perbezaan untuk kelas produk  tertentu; ini merupakan satu pengukuran empirik kemahiran subjek.  Kebolehan lain termasuk keupayaan mereka bercakap dan bekerja sebagai satu kumpulan ( kedua-dua ini adalah penting untuk kejayaan proses pembentukan bahasa).  Kekuatan asas kaedah  diskriptif ini ia dapat menunujukkan dengan sahih bahawa subjek-subjek individu berupaya memperbezakan perbezaan-perbezaan antara produk-produk bagi kebanyakan(kalau tidak semua) persepsi.

        Kejayaan ujian suatu ujian diskriptif adalah sangat bergantung ke atas bahasa deria yang mewakili produk yang dinilaikan.  Subjek-subjek menggunakan sebagai asas untuk m                 embezakan berbagai produk. Untuk berguna, bahasa mestilah mudah dipelajari dan bermakna dari segi kegunaannya dalam pengembangan produk, kawalan mutu, berkaitan dengan ukuran keutamaan pengguna, dan lain-lain. Proses pembentukan  bahasa boleh dikira sebagai sebagai sejenis kumpulan fokus, dengan ahli panel menilai produk-produk dan menyuarakan persepsi-persepsi mereka. Ini adalah satu proses interaktif, dan bergantung kepada produk ia mungkin memerlukan sehingga 20 jam. Bagi kebanyakan produk, 6-10 jam adalah memadai. Selain dari membentuk istilah, subjek-subjek mesti mendefinisikan setiap istilah dan apabila perlu, mengadakan satu bahan rujukan yang sesuai.  Definisi ialah bertujuan untuk untuk berfungsi sebagai satu panduan untuk ahli panel dan untuk meminimumkan kekeliruan tentang makna setiap istilah.  Menggabungkan istilah-istilah dengan definisi membolehkan subjek untuk meneruskan dengan cepat dan kekeliruan diminimumkan.  Sebagai satu bantuan tambahan dalam proses pembentukan bahasa, bahan-bahan rujukan juga dikenalpasti oleh ahli-ahli panel dengan bantuan ketua panel, dan  bahn-bahan rujukan ini di adakan semasa sesi. Bahan rujukan boleh diadakan dalam bentuk satu ramuan, satu produk, atau bahan lain yang “mewakili” sensasi tertentu dan istilah yang digunakan untuk memerihalkan sensasi itu.  Ketua panel akan menyemak nota-nota dari sesi-sesi awal dan menyediakan beberapa bahan rujukan.  Bukan semua sensasi ada rujuka dan sesetengah dari rujukan-rujukan mungkin menyediakan lebih dari satu sensasi.  Gabungan definisi dan dan rujukan adalah sangat penting dalam mempiawaikan proses pembentukan bahasa, terutamanya semasa melatih subjek baru atau melatih semula subjek-subjek sedia ada.  Tidak ada had terhadap bilangan istilah yang boleh digunakan oleh subjek; namun, subjek mesti mendefinisikan istilah dan membantu subjek-subjek lain mengenalpasti sensasi-sensasi spesifik jika mereka tidak dapat mengenalpastinya.  Sebagai panduan lanjut, ketua panel akan menyuruh subjek menyenaraikan  istilah-istilah dalam kumpulan ; contohnya rupa, aroma,  dan perisa.  Dalam proses pembentkan bahasa, ketua panel tidal mengambil bahagian, untuk meminimumkan pengaruk ke atas subjek-subjek. Tanggung-jawab ketua panel ialah untuk mengadakan semua bahan-bahan yang perlu untuk setiap sesi, melancarkan perbualan  antara ahli-ahli panel, dan menyediakan rangka-operasi untuk setiap satu sesi berdasarkan keputusan sebelumnya dan objektif projek. Ketua panel juga akan menentukan bila perbincangan kumpulan berakhir dan ahli panel bersedia untuk menilai produk-produk proses mengumpul data.  Proses pembentukan bahasa adalah sangat bergantung kepada kemahiran ketua panel.  Satu cara untuk meminimumkan pengaruh ketua panel ialah dengan cara  ketua panel bertindak tidak menyebelahi mana-mana pihak; beliau cuma memerhati dan tidak memberi mesej bahawa beliau mengetahui apa sepatutnya maksud sebenar sesuatu istilah.  Untuk meminimumkan pengaruh ketua panel dan pengaruh di antara subjek, penilaian produk sebenar dilakukan dalam kamar-kamar kecil dan mengikuti prosedur penilaian deria yang biasa.  Jika bahasa sudah wujud, maka adalah perlu untuk membiasakan subjek-subjek dengan produk-produk, istilah-istilah, serta definisi.  Proses ini adalah pantas, terutamanya dengan ahli panel yang berpengalaman, dan ia cuma memerlukan satu atau dua sesi.  Apabila subjek berpuas hati dengan istilah, mereka meneruskan dengan menilai produk.Jika terdapat persepsi baru yang tidak diambil kira, menjadi tanggung-jawab ketua panel untuk menjemput semula ahli-ahli panel untuk  perbincangan; tanggung-jawab ini perlu dinyatakan awal-awal.  Aspek ini membenarkan proses komunikasi kekal semasa dan menyediakan satu keadaan yang fleksibel.

         Untuk QDA, isu kuatifikasi diberi perhatian pada 2 peringkat, iaitu pertama, berkenaan kegunaan teknik pengukuran(skala)yang sesuai dan kedua berkenaan kegunaan pengadilan yang berulang sebagai asas untuk mewujudkan kebolehpercayaan.  Skala 6 in. dengan perkataan-perkataan  sauh, yang sentiasa bergerak dari kiri ke kanan dengan keamatan yang meningkat ; lemah kepada kuat, perlahan kepada cepat, dan sebagainya.  Panjang garisan ialah 6 in. dan ia dipilih berdasarkan ujian terhad. Memanjangkan garisan tidak meningkatkan kepekaan, dan memendekkan garisan pula akan mengurangkan kepekaan.  Bahagian kedua kuantifikasi ialah berkaitan dengan kebolehpercayaan respon-respon.  Isu ini ditangani dengan menyuruh setiap subjek merespon beberapa kali terhadap satu produk. Ia mewakili satu semakan dalaman ke atas sistem respon, dan ia membolehkan ketua panel menentukan kekonsistenan ahli panel.  4-6 respon dari setiap ahli panel adalah memadai.  Data dianalisis dengan kaedah ANOVA dua hala.

 
 
       Rajah 1. Contoh skala 6 inci

 
         Seorang profesional deria sering dikritik kerana mengambil terlalu banyak masa untuk menjalankan sesuatu ujian dan menyediakan laporan. Kritikan ini timbul akibat dari kekurangan komunikasi. Ujian deskriptif memerlukan masa, tetapi keputusan yang diperolehi adalah lebih berguna. Secara praktik, ujian QDA memerlukan lebih kurang 4 hari, termasuk analisis  dan intepretasi. Sekarang, terdapat sofwer-sofwer yang dikhususkan untuk ujian-ujian sensori yang dapat membantu mempercepatkan pengendalian dan pemprosesan data.