| 1 | 2 |
 
 
    BAU ( ODOR )
 

Odor ialah sifat bahan yang dipersepsi , pada manusia dan vertebra yang tinggi, secara menyedut udara melalui kaviti nasal atau oral yang meninggalkan kesan pada kawasan olfaktori tubuh; dan juga semasa dan akibat dari penyedutan udara, ialah berbeza dari pendengaran, penglihatan, rasa dan rasaan, dan tidak menyebabkan  tercekik, peradangan, menyejuk, kepanasan, pengeringan, pembasahan atau fungsi-fungsi lain, yang asing kepada kawasan olfaktori.

Sifat bau mana-mana sebatian bergantung kepada kemeruapannya dan juga kepada saiz, bentuk, dan status elektronik molekulnya.

Terdapat 7 tapak olfaktori ( Amoore, 1952 ):

1. "Ethereal"  : buah, asid asetik
2. "Camphoraceous":  kapur barus
3.  "floral" : bau bunga
4. "Pepperminty" : bau pudina
5.  "Musky": bau kesturi
6. " Pungent" : bau tajam dan menusuk
7. " Repulsive": menolak cth. H2S ( bau telur busuk )

Anatomi kawasan olfaktori

Pada manusia, 2 kaviti nasal dipisahkan oleh septum tengah. Dinding-dinding sisi kaviti mempunyai satu siri lipatan yang dipanggil konka.
 

Konka menonjol ke dalam kaviti untuk membentuk 3 saluran iaitu:

1. Meatus rendah ( bawah )
2. Meatus tengah
3. Meatus atas

Rajah  1:  Hidung

Bilangan molekul yang mengetuk bahagian olfaktori ialah kecil kerana banyak yang diserap oleh membran mukus.

Lebih kurang 2% dari jumlah molekul  berbau sampai kepada bahagian olfaktori semasa menghidu.

Bau juga mungkin sampai kepada kawasan olfaktori dari mulut dan farinks ( paip udara) semasa penghembusan keluar udara,
semasa menelan, dan bagi kes makanan yang berodor tinggi, secara difusi.

Kawasan olfaktori berwarna kuning atau kuning keperangan. Kawasan lain pada bahagian kaviti nasal berwarna kemerahan.
 

Beberapa aspek odor yang penting:

1.  Bahan berbau mesti meruap.
2. Udara yang membawa odor mesti sampai ke reseptor olfaktori
3. Odor mesti larut dalam mukus akues dan meresap melaluinya.
4. Perbezaan pada kadar difusi mungkin menjadi satu faktor dalam rangsangan.
 
 Rujukan:

Amoore, J.E., 1952. The stereochemical specificities of human olfactory receptors. Perfumery Essent.   Oil record   43, 321 - 323, 330.

 
 
                                                                                                                                                     seterusnya