1. Kriptosmia : laluan nasal tersumbat
2. Anosmia : kehilangan keupayaan menghidu sama ada sementara atau selama-lamanya
links
3. Hemianosmia atau hyperosmia. Respons yang berlebihan terhadap odor.
4. Merosmia. Kehilangan sesetangah dari odor.
5. Heterosmia atau parosmia. Persepsi odor yang salah.
6. Autosmia. Rasaan odor dalam ketidakhadiran rangsang odor.
7. Cacosmia. Persepsi berterusan untuk odor-odor yang tidak baik.
8. Hyposmia. Bau yang kian berkurangan.
Dijumpai bahawa tikus yang defisien vitamin A tidak dapat membezakan
odor. Warna kuning pada kawasan olfaksyen mencadangkan satu kaitan yang
mungkin di antara vitamin A dan olfaksyen.
Duncan dan Briggs ( 1962 ) memperbaiki kepekaan odor dengan rawatan
dengan vitamin A. Semasa mengandung terdapat hiperosmia semasa 3
bulan pertama, manakala hiposmia terjadi selepas tiga bulan, terutamanya
3 bulan yang akhir. Perubahan kepekaan olfaktori semasa mengandung mungkin
disebabkan oleh kesan hormon ke atas mukosa olfaktori ( Ottoson, 1963 ).
Ambang
odor
Ambang ketara odor yang paling kuat ialah 10,000 kali lebih rendah dari ambang rasa yang terendah. Fatiq juga adalah lebih cepat dan kekal dibanding dengan rasa, visual atau pendengaran.
Fatiq, adaptasi dan kepenatan bagi odor terdiri dari:
i. Masa semasa sesuatu stimulus perlu ditawarkan sebelum rasaan
bau menghilang
ii. Peningkatan pada ambang semasa adaptasi sebagai satu fungsi masa
iii. Masa pemulihan kepekaan organ deria selepas adaptasi( penyesuaian
) kepada satu stimulus yang kuat.
Rujukan:
1. Duncan, R.B. and Briggs, M. 1962.
Treatment of uncomplicated anosmia by vitamin A. Arch. Otolaryngol. 75,
116 - 124.
2. Ottoson, D. 1963. Some aspects of the function
of the olfactory system. Pharm. Rev. 15, 1 -42.