Manusia mempunyai 5 deria utama ( primer ) , iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. bau dan rasa adalah paling primitif. Deria-deria lain ialah seperti panas, sejuk, sakit, fatiq, seks dan keseimbangan.
Rasa
Terdapat 4 rasa asas iaitu masam, masin, manis dan pahit.
Rasa bermula apabila larutan kimia akues bersentuhan dengan putik-putik rasa atas permukaan lidah dan bahagian-bahagian sekitaran mulut dan kerongkong. Rasa adalah berbeza dari bau yang bertindak-balas terhadap bahan-bahan kimia dalam bentuk gas.
Kelenjar-kelenjar liur adalah penting semasa merasa; terutamanya untuk :
( i ) Melarut atau mencair bahan-bahan yang mempunyai rasa dan membawanya kepada reseptor
( ii ) Air liur bertindak sebagai tampan terhadap asid-asid
(iii ) Air liur menolong mengawal suhu oleh kerana kandungan haba spesifik juzuk air
Liur dirembes oleh 3 pasang kelenjar, iaitu parotid, submaksilari, dan sublingual serta disokong oleh kelenjar-kelenjar kecil yang dipanggil buka (buccal).
Liur parotid adalah cair dan mempunyai kuasa menghazam yang tinggi, manakala rembesan dari kelenjar-kelenjar yang lain adalah lebih pekat dan tinggi dalam musin.
Kandungan K yang tinggi merupakan pemeka reseptor rasa. Ion tiosianat yang hadir dengan tinggi meningkatkan ambang untuk manis dan mengurangkan ambang untuk pahit.
Mengunyah merangsang rembesan liur, begitu juga rangsangan yang dibawa oleh penglihatan atau bau makanan.
Anatomi
lidah
Papila adalah organ rasa. Lidah tidak sensitif terhadap rasa pada bahagian-bahagian yang tidak terdapat papila. Rasaan gustatori terdapat hanya pada hujung dan tepi lidah.
Terdapat 4 jenis papila pada lidah manusia iaitu
foliat ( foliate ), sirkumvalat ( circumvallate
), fungiform, dan filiform.
Rajah 3.1. Lidah dengan papila
Filiform adalah paling banyak serta terdapat di bahagian hadapan 2/3 lidah, tetapi ia tiada putik rasa.
Fungiform besar dan bulat seperti cendawan, banyak terdapat pada hujung dan tepi lidah. Penyebarannya ialah pada 2/3 hadapan lidah.
Foliat terdapat di belakang lidah, tidak terbentuk dengan baik pada manusia, fungsinya adalah sangat sedikit. Terdapat pada bahagian 1/3 belakang lidah.
Sirkumvalat - membentuk V pada bahagian belakang lidah . Besar dan senang nampak.
Umur mengurangkan papila. Putik rasa terkandung
dalam papila ( kecuali papila fungiform).
Putik rasa
Putik rasa berbentuk seperti bawang. Putik rasa manusia ialah
ialah lebih kurang 70um panjang dan 40um lebar pada diameterpaling
lebar .
Rajah 3.2: Putik rasa
Papila akan berkurangan dengan umur. Putik rasa dijumpai pada papila. Pada kanak-kanak putik rasa juga dijumpai pada pipi bahagian dalam dan lelangit.
Orang dewasa mempunyai 2000 putik rasa dan kanak-kanak dianggar mempunyai
10000 putik rasa.
Rajah 3.3. Papila lidah manusia dewasa dan putik rasa
_____________________________________________________________
Bilangan
Putik rasa
Putik rasa dalam
papila
setiap papila
semua papila
______________________________________________________________
Sirkumvalat 8 - 12
100
1000 - 1500
Foliat
15 - 20
l ebih kurang 10
150 - 200
Fungiform lebih
kurang 100 0 - 4
300 - 400
Filiform
lebih kurang 1000 0
0
________________________________________________________________
Plattig, K.H. ( 1984 )
Mekanisme
deriaan rasa
Pori rasa ialah satu saluran bergaris pusat lebih kurang 2um.
Mikrovili bergaris pusat lebih kurang 0.1 - 0.2 um dan panjang
1 - 2 um dan ia mengandungi tapak reseptor kimia di mana moleku
rasa diikat untuk memulakan proses-proses primer rasa ; iaitu selepas bahan-bahan
yang merangsang melalui mukus oral ( saliva ), dengan proses difusi.
Tindak-balas akan berlaku dan ini akan mencetuskan impals pada sinaps di
anatar sel deria dengan gentian saraf.
Tugas utama sel-sel reseptor ialah mengiukat molekul-molekul rasa dan memulakan proses-proses primer deria. Tugas utama sel-sel basal ialah memperbaharui sel-sel rasa.
Saraf akan menghantar impals ini dari reseptor ke otak.