Disakarida adalah pasangan ketiga-tiga gula monosakarida yang dibincang. Glukosa hadir dalam semua disakarida. Ahli kedua ialah sama ada fruktosa, galaktosa atau satu lagi molekul glukosa.
Untuk membentuk disakarida, satu tindak-balas yang dikenali sebagai
kondensasi merangkaikan dua monosakarida bersama
( Rajah 1).
Rajah 1 : Kondensasi dua monosakarida untuk membentuk disakarida.
Glukosa + glukosa
Maltosa
Satu kumpulan OH dari satu glukosa dan satu atom H
Dua molekul glukosa mengikat bersama
dari glukosa lain bergabung untuk menghasilkan satu
dengan satu atom O tunggal untuk membentuk
molekul H2O.
disakarida maltosa.
Untuk merekahkan disakarida kepada dua, satu tindak-balas kimia yang dikenali sebagai hidrolisis terjadi (Rajah 2 ). Satu molekul air merekah untuk membekalkan H dan OH yang diperlukan untuk menghasilkan monosakarida-monosakarida.
Rajah 2: Hidrolisis disakarida ( Hidrolisis disakarida berlaku semasa pencernaan)
Disakarida maltosa merekah kepada 2 molekul glukosa dengan H ditambah
kepada satu dan OH ditambah
kepada yang lain ( dari air ).
Fruktosa bersama glukosa membentuk sukrosa, iaitu gula yang biasa kita guna.
Kombinasi galaktosa dan glukosa menghasilkan disakarida laktosa, karbohidrat
utama susu. Juga dikenali sebagai gula susu, laktosa menyumbang lebih-kurang
5 peratus dari berat susu. Bergantung kepada kandungan lemak susu,
laktosa menyumbang
30 - 50 peratus tenaga susu.
Disakarida ketiga, iaitu maltosa, terdiri dari dua unit glukosa. Maltosa dihasilkan setiap kali kanji memecahringkas, contohnya pada tumbuhan semasa germinasi biji-benih dan pada manusia semasa pencernaan karbohidrat.
Sebagai rumusan, terdapat 6 karbohidrat ringkas utama atau gula
yang penting dalam pemakanan manusia. Glukosa, fruktosa, maltosa, dan sukrosa
terbit dari tumbuhan, manakala laktosa dan komponennya galaktosa, adalah
dari susu dan produk-produk susu.