Karbohidrat ringkas mengandungi glukosa, fruktosa, dan galaktosa secara
tunggal dan pasangan. Sebaliknya, karbohidrat kompleks mengandungi kebanyakannya
dari unit-unit glukosa yang disambung bersama sebagai polisakarida. Tiga
karbohidrat lain ialah kanji,
glikogen,
dan gentian. Glikogen ialah tenaga storan dalam tubuh haiwan; kanji
adalah tenaga storan dalam tumbuhan.
Polisakarida
bukan kanji pada tumbuhan, termasuk gentian, memberi elemen struktur
dalam batang, ranting, akar, daun dan kulit. Glikogen dan kanji dibina
dari unit-unit glukosa. Kanji terdiri dari amilosa yang dibina dari
unit-unit glukosa dalam rantai lurus dan amilopektin ( Rajah 2 ) yang dibina
dari unit-unit glukosa dalam rantai lurus dan bercabang. Glikogen(Rajah
3 ) adalah sama dengan amilopektin, kecuali ia lebih bercabang daripada
amilopektin. Glikogen juga mempunyai berat molekul lyang ebih
tinggi. Tapak storan glikogen dalam tubuh haiwan ialah pada hati dan otot.
Rajah 1: Amilosa
Amilosa ialah sebahagian dari kanji. Unit-unit glukosa dirangkaikan melalui ikatan alfa 1-4.
Rajah 2 : Amilopektin
Amilopektin juga ialah sebahagian dari kanji. Amilopektin terdiri
rantai glukosa lurus ( ikatan alfa 1-4 ) dan bercabang ( pada
cabang, ikatan ialah alfa 1-6 ).
Rajah 3 : Struktur glikogen
Food Chemistry, Aurand and Woods, pg. 82
Kanji
Jika tubuh manusia menyimpan glukosa sebagai glikogen, sel-sel tumbuhan
menyimpan glukosa sebagai kanji. Molekul-molekul besar ini disusun dalam
bijirin seperti gandum atau beras, dalam ubi seperti ketang, dan dalam
kekacang seperti pis dan bin. Satu kubik persegi makanan mungkin mengandungi
berjuta molekul kanji. Bijirin adalah sumber paling kaya kanji, dan
ia menyediakan tenaga bagi kita. Kekacang juga merupakan sumber kanji yang
baik dan ia mengandungi amaun protein yang signifikan. Ubi seperti ubi
kayu, ubi keledek, keladi, juga merupakana sumber kanji yang baik.
Glikogen dijumpai sedikit pada daging dan tidak terjumpa langsung dalama
tumbuhan. Oleh kerana ini, glikogen bukan sumber makanan signifikan bagi
karbohidrat, tetapi ia menjalani fungsi penting dalam tubuh. Ia adalah
bentuk storan utama bagi glukosa. Susunan molekul dalam rantang yang sangat
bercabang membenarkan hidrollisis dijalankan dengan cepat. Apabila tapak-tapak
storan dalam hati atau sel-sel otot mendapat mesej untuk membebaskan tenaga,
enzim-enzim merespon dengan menyerang semua cabang-cabang glikogen secara
serentak, menigkatkan kedapatan glukosa untuk keperluan tenaga. Selalunya
cuma hati yang boleh mengembalikan glukosa secara terus kepada darah. Sel-sel
otot hanya berupaya berbuat demikian secara tidak langsung, iaitu melalui
penghasilan asid laktik yang akan diambil oleh hati dan ditukar-semula
kepada glukosa. Pemulangan semula glukosa melalui laluan ini di panggil
Kitaran Cori, dan ia menyumbang 15 peratus atau lebih
glukosa darah.
Selulosa juga adalah polimer glukosa tetapi ia adalah dalam bentuk
beta piranosa. Dua molekul beta-D-glukosa bergabung melalui karbon 1 dan
4 dan membentuk disakarida selobiosa. Sebatian ini adalah analogus kepada
maltosa. Apabila cukup bilangan unit ini disambung, polimer yang terhasil
ialah selulosa. Maka, kedua-dua kanji dan selulosa adalah polimer glukosa
dalam bentuk cincin piranosa. Perbezaan ketara dalam sifat kimia dan fizikal
kanji dan selulosa ialah disebabkan oleh kehadiran rangkaian alfa 1-4 pada
kanji dan beta 1,4 pada selulosa.