Kanji merupakan juzuk penting dalam kebanyakan makanan. Ia membantu mencapai kekonsistenan yang dikehendaki dalam produk-produk yang dipekatkan dengan kanjiubi kayu, kanji jagung dan kanji sagu, seperti puding, gravi, sos, inti pai, dan serikaya. Kanji memainkan peranan penting dari segi kualiti nasi dan kentang yang dimasak.
Dari segi kuantiti, ia adalah juzuk utama dalam tepung, dan ia adalah juzuk penting dalam produk yang mengandungi tepung seperti biskut, mafin, roti, bengkang/bingka, pestri, kek, cucur.
Kimia kanji
| Pengenalan | Karbohidrat ringkas | Glukosa | Fruktosa | Galaktosa |
Keluarga
karbohidrat dietari termasuk karbohidrat ringkas ( gula ) dan
karbohidrat kompleks ( kanji dan gentian ). Semua karbohidrat dijadikan
dari gula ringkas; sama ada ia digelar karbohidrat kompleks atau tidak
bergantung sama ada ia
mengandungi lebih dari dua gula ringkas dalam satu molekul.
Karbohidrat
ringkas
terdiri dari mono dan disakarida. Karbohidrat
kompleks
adalah polisakarida.
Terdapat 6 karbohidrat ringkas yang penting dalam pemakanan.
Rajah 1: Monosakarida dan disakarida
Glukosa
Sukrosa ( glukosa + fruktosa )
Fruktosa
Laktosa ( glukosa + galaktosa )
Galaktosa
Maltosa ( glukosa + glukosa )
Glukosa adalah satu gula yang sangat penting dalam pemakanan. Glukosa ialah salah satu gula dalam setiap disakarida dan ia adalah unit bagi polisakarida kanji dan glikogen.
Fruktosa adalah sangat manis; ia adalah gula yang paling manis. Formula kimia fruktosa adalah sama dengan glukosa, tetapi strukturnya adalah berbeza (Rajah 2 ). Fruktosa hadir secarfa semulajadi pada buah-buahan dan madu. Ia juga hadir dalam produk yang dimaniskan dengan sirap jagung berfruktosa tinggi.
Rajah 2: Glukosa dan fruktosa
Glukosa Fruktosa
Glukosa mengikat pada galaktosa untuk membentuk gula pada susu, iaitu laktosa. Galaktosa jarang ditemui bebas secara semulajadi. Galaktosa mempunyai bilangan dan jenis atom yang sama seperti glukosa dan fruktosa, tetapi dalam susunan yang berlainan.
Rajah 3: Glukosa dan galaktosa ( Perhatikan persamaan dan perbezaan kedua-dua molekul ini).
Glukosa
Galaktosa