BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN
PERBEZAAN VARAITI
 

Objektif:

1. Menyediakan beberapa varaiti kentang untuk menunjukkan kegunaan yang paling sesuai bagi varaiti itu.
 

Amali

1. Untuk menentukan perbezaan tekstur dan perisa produk kentang akibat dari perbezaan varaiti.
 
 
 
Kentang
Kuning  ( Indonesia )
Putih      ( Holland )
Panjang  ( U.S )
 
 

1. Sediakan varaiti yang diberi bagi kentang mengikut arahan di bawah:
 

Kentang rebus

a. Basuh, kupas, dan belah dua kentang sederhana.
b. Rebus perlahan-lahan dalam air bergaram untuk menutupi kentang sehingga lembut.
c. Sejat.
 

Kentang putar

2 kentang sederhana
3-4T air kentang panas
1T mentega
1 T susu tepung  tanpa lemak
sedikit garam

Sedia seperti kentang rebus.
Sejat kentang, simpan cecair.
Lecek kentang sehingga halus dan gebu.
Tambah susu, mentaga, garam, dan air kentang yang disimpan.
Putar sehingga berkrim. kentang perlu disimpan panas.
 

Kentang  bek( ketuhar )

Panas ketuhar ke suhu 425 F.
Gosok kentang dan sapu sedikit minyak.
Bakar atas kertas aluminium.
Apabila setengah masa membek, cucuk setiap kentang dengan garpu.
Bek sehingga kentang lembut apabila ditekan dengan jari, iaitu lebih kurang 40-60 minit.
Sebelum membuka,  golek kentang perlahan-lahan dengan tangan; kemudian potong satu palang  pada atas kentang dan tolak tepi kentang untuk menggemburkannya sebelum dihidang.

 

Kentang bek ( ketuhar mikro-gelombang )

2  biji kentang sederhana

Cucuk kentang dengan garpu.  Masak dalam ketuhar mikro-gelombang selama 7 minit pada kuasa  tinggi ( 100% ).  Ikut arahan seperti f.

Ciri-ciri produk piawai bagi kentang

1.  Kentang rebus:

Rupa:  Putih, sedikit lutcahaya.
Tekstur:  Kukuh,  mengekal bentuk dengan baik.  Kersai dan ringan.
Perisa:  Bland, sedikit manis.

2.  Kentang putar:

Rupa: Putih, berkilau
Tekstur: Ringan, gebu, dan kersai; tidak berpes maupun berketul.
Perisa: Lembut ( mild ), diperasai dengan baik.

3.  Kentang bek

Rupa:  Putih;  zarah yang  terasing dan berkilau.
Tekstur:  Kersai dengan rasa kering atas lidah.
Perisa:  Lembut ( mild ) atau bland

Perhatikan  perbezaan tekstur dan perisa pada produk kentang
 
 
Kaedah                  Varaiti
 Kuning ( Indonesia )  Putih ( Holland )           U.S.
Rebus
Putar
Bek
Ketuhar mikrogelombang
 
 

 
Soalan

Apakah yang menyebabkan kentang segar bertukar ke warna hijau?
 

2.  Apa kah yang menyebabkan perbezaan pada kualiti memasak kentang, (contohnya kegebuan kentang), selain dari varaiti.

 
Nyatakan kegunaan dalam masakan yang sesuai bagi setiap jenis kentang.