muka-surat: | 1 | 2 |
 
Penilaian:

Kerja yang dilakukan oleh setiap pelajar semasa makmal akan dinilaikan oleh  pensyarah/guru/pembantu pelajar. Penilaian ini mengambil kira kesedaran pelajar dan aplikasi prinsip yang dikaji ke atas kaedah yang digunakan. Setiap pelajar perlu cuba mencapai penyediaan produk piawai  iaitu mana-mana produk dari boleh diterima( acceptable ) sehingga sempurna. Organisasi kerja dan bahan-bahan, bersamaan usaha ikhlas dalam penyediaan makmal diambil kira dalam penilaian ini.

Setiap pelajar digalakkan mengatur dengan pensyarah/guru/pembantu pelajar untuk menggunakan makmal penyediaan makanan untuk memperbaiki kecekapannya dalam mengendali makanan. Bahan-bahan akan disediakan apabila pelajar ingin mengulangi masalah kelas. Pelajar juga boleh membeli sendiri bahan-bahan dari stor jika ia ingin menyediakan produk untuk pengalaman.

Sebahagian dari  masa makmal ditumpukan kepada perbincangan teori, prinsip dan penilaian; setiap pelajar adalah bertanggung-jawab menyumbang terhadap ini.

Pembahagian markah:

Ujian teori kuliah:      10%
Ujian teori makmal :  10 %
Kehadiran dan aktiviti makmal:  5%
Tugasan ( kumpulan ) :10%
Kuiz:  5%
Peperiksaan akhir:  60%

1.  Penyediaan bagi makmal bermula dengan ulang-kaji nota kuliah dan mempelajari bahan yang diberi.
2.  Pelajar menyumbang dengan membincang dengan objektif mengenai produk; pemahaman dan keupayaan menggunakan istilah yang betul adalah penting.
3.  Pelajar-pelajar sepatutnya berupaya menilai produk secara objektif.
4.  Pelajar perlu berusaha memberi jawapan yang sah terhadap soalan yang diajukan dan mengambil bahagian secara sukarela.

Tugas-tugas tatatertib-makmal

A.  Tugas Unit:  Kerja makmal berjalan dengan lebih lancar sekiranya permukaan meja adalah kemas. Menjadi tanggung-jawab setiap pelajar yang ditugaskan disetiap unit.

        1.  Penjagaan peralatan memasak dan menyedia makanan
 
             a.  Bilas atau rendam peralatan selepas diguna
 
                  i.  Pinggan mangkuk yang bergula dengan air panas;
 
                  ii.  Pinggan mangkuk yang berminyak dengan air sabun panas; dan

                  iii.  Pinggan mangkuk dengan makanan berkanji atau protein dengan air sejuk.

              b.  Jika makanan terbakar atau hangit dalam periuk, angkat dari api serta-merta dan masukkan
                   makanan dalam bekas lain untuk mengelakkan terus terbakar. Sejukkan periuk, isi dengan air, dan
                   didih selama 10 hingga 15 minit. Tambahan 1 atau 2 sudu kecil soda membek  boleh membantu
                   untuk menghilangkan sisa; jangan guna soda dalam periuk aluminium.

              c.  Kikis, bilas dan susun pinggan mangkuk.
 
              d.  Basuh pinggan dengan air panas bersabun, tukar air sekerap mungkin. Untuk keselamatan anda,
                   JANGAN masukkan benda tajam untuk direndam bersama pinggan mangkuk.

               e.  Bilas pinggan mangkuk dengan air panas, kering kalau boleh, dan letakkan dalam meja setiap unit.
                    Jika ada barang yang hilang, gantikan dari stor bekalan atau jumpa pensyarah/guru/ pembantu
                    pelajar.

               f.  Selepas makmal, tuala dan kain cuci perlu dilipat memanjang dan disidai pada penyidai yang
                   disediakan.

 
       2.  Penjagaan renj:

               a. Basuh pemanggang dan bersihkan mana-mana tumpahan.
 
               b.  Lapkan permukaan renj dan bahagian depan.
 
               c.  Periksa agar ketuhar dan penunu ditutup pada akhir makmal.
 
 
       3.  Penjagaan sinki dan atas kaunter:
 
              a.  Basuh sinki pada akhir makmal.
 
              b.  Lap keluli dan gilapkan krom.
 
              c.  Bersih kabinet bawah sinki dan kosongkan bakul sampah.

B.  Tugas-tugas makmal:  Tugas-tugas berikut akan diberikan kepada setiap kumpulan (unit ) secara giliran.
 

1.  Makmal Am

      a.  Bertanggung-jawab mengenai kebersihan dan kekemasan makmal secara keseluruhan.
 
      b.  Pintu almari dan semua laci perlu ditutup.

      c.  Kaunter perlu bersih.

      d.  Semua bakul sampah dikosongkan.

      e.  Ketuhar dan lampu ketuhar ditutup.

      f.  Lampu makmal ditutup dan tingkap ditutup, jika makmal akhir.

     g.  Tuala dan kain cuci disidai dengan kemas setelah dilipat memanjang.

2.  Meja Bekalan

      a.  Basuh bekas kosong dan kembali kepada kereta sorong makanan.
 
      b.  Kemaskan meja bekalan apabila semua pelajar telah mendapat bekalan.

      c.  Pastikan semua pinggan mangkuk diambil  selepas penilaian.

      d.  Pastikan lebihan makanan dimasukkan dalam bekasa dan diletakkan atas kereta sorong makanan
           dan bukan terletak atas pinggan.

3.  Tugas khas

     a.  Lakukan tugas tata-tertib makmal apabila seseorang tidak hadir.
 
     b.  Basuh peralatan khas yang diguna oleh pensyarah/guru/pembantu pelajar untuk demonstrasi, penilaian atau
          mensampel.

     c.  Alaskan kawasan pertunjukkan dengan kertas putih berlabel, kemudian keluarkan kertas dan lapkan
          kawasan selepas penilaian.
 

Pengendalian makanan

1. Sudu dan/ atau spatula getah yang digunakan untuk mencampur atau mengacau ingredien makanan tidak boleh dijilat.

2.  Guna sudu khas atau garfu untuk merasa produk makanan untuk menguji sama ada telah masak atau untuk memberi perisa.

3.  Mana-mana susu atau garfu yang dimasukkan dalam mulut mesti dibasuh sebelum diguna untuk mersa seterusnya.

4.  Patuhi arahan-arahan khas untuk penyediaan makanan segar apabila diberikan dalam latihan.