Analisis
Varians ( ANOVA ): Lebih dari 2
sampel
i. ANOVA sehala
ii. ANOVA berbilang hala
ANOVA sehala
Cuma satu faktor, iaitu misalnya, pengolahan yang berubah. Rekabentuk sepenuh rawak ( CRD ) menggunakan ANOVA sehala untuk analisis data.
Completely Randomized Design ( CRD ):
Apabila pengolahan diberi kepada unit-unit eksperimen oleh prosedur yang rawak, rekabentuk yang terhasil ialah CRD. CRD sering digunakan untuk kebanyakan kajian makmal - fizik, kimia, sains makanan.
ANOVA 2 hala
Rekabentuk di mana setiap panel dalam satu masa ujian menskor semua sampel yang dihidang dalam turutan rawak.
Sumber variasi ialah berdasarkan:
( i ) Variasi sampel
( ii ) Variasi antara panel
( iii ) Baki ( variasi tak boleh diterangkan " unexplained ) . Ralat.
Rekabentuk eksperimen
Satu turutan langkah-langkah melibatkan perawakan pemberian dan aplikasi pengolahan-pengolahan, pengumpulan data, dll. untuk bahan eksperimen, agar kesimpulan yang sah diperolehi.
Dalam konteks terhad ( penilaian deria ) - turutan di mana satu set sampel dihidang kepada satu populasi pengadil yang ditetapkan.
Garispanduan untuk rekabentuk eksperimen
1. Respon-respon subjek dipengaruhi oleh kebiasaan mereka dengan produk dan oleh pengalaman ujian-ujian lepas. Kita guna rekabentuk blok terseimbang yang akan meminimumkan kesan interaksi di antara panel, produk, dan masa.
2. Apabila sesuai, semua produk perlu dinilaikan sama kekerapan oleh setiap subjek ( bilangan produk yang sesuai tidak lebih dari 4 ).
3. Semua produk perlu dihidang dalam kekerapan yang sama sebelum dan selepas setiap produk lain dan dalam semua posisi dengan kekerapan yang sama.
4. Dengan rekabentuk blok terseimbang ( RBD ), pilihatur yang lengkap dihidang sebelum mengulangi tertib menghidang yang lain. Kaedah ini membentu meminimumkan kesan masa.
5. Rekabentuk sepenuh rawak ( CRD ) adalah kurang berguna dari blok terseimbang kerana tertib menghidang akan berlaku tidak sama rata. Jika responden adalah ramai ( 100 atau lebih ), kekurangan ini dapat diatasi, namun kebanyakan ujian deria menggunakan < 50 responden, dan pincang ( "bias" ) tertib mungkin berlaku.
6. Jika semua produk tidak dinilaikan dalam
satu sesi tertibnya diseimbangkan melintangi panel dalam sesuatu sesi.
Dengan menggunakan beberapa sesi, adalah mungkin untuk setiap subjek
untuk menilai semua produk-produk dan mengelak kegunaan rekabentuk blok
tak lengkap. Guna RBD sebaik mungkin; kalau terpaksa, guna IBD.