muka-surat: | 1 | 2 | 3 | 4 |

                          |  LIPIDTRIGLISERIDAASID LEMAK  | Rantai karbon |
                                                              |  Pembentukan trigliserida |
 
 

           LIPID 
 

LIPID

Lipid  termasuk trigliserida  ( lemak dan minyak ), fosfolipid, dan sterol; semua ini adalah penting untuk pemakanan.  Trigliserida membekalkan dengan bekalan bahan-bakar yang berterusan, memanaskan tubuh, dan melindunginya dari kejutan mekanik. Asid-asid lemak berfungsi sebagai bahan pemula untuk pengawal-atur hormon. Fosfolipid dan sterol menyumbang kepada struktur-struktur sel, dan kolesterol berperanan sebagai bahan mentah untuk hormon, vitamin D, dan hempedu.

Dalam makanan, trigliserida membawa bersama vitamin-vitamin larut-lemak, ADEK, bersama dengan sebatian-sebatian yang memberi  perisa, kelembutan, dan kesedapan. Dari lemak kita dapat aroma  sate, bawang yang ditumis, ayam goreng.

Lemak dalam mil melambatkan pencernaan. Lemak membuat kita rasa kenyang.  Bila kita sebut tentang lemak, apa yang dimaksukkan ialah trigliserida.

TRIGLISERIDA

Seperti karbohidrat, trigliserida terdiri dari karbon, hidrogen dan oksigen. Trigliserida mempunyai lebih karbon dan hidrogen berbanding dengan oksigen, maka ia boleh menyediakan lebih tenaga per gram.

1.  Setiap trigliserida mengandungi satu molekul gliserol ( Rajah 1.1 ).

2. Setiap trigliserida mengandungi tiga asid-asid lemak ( rantaian atom karbon ) yang berbeza dari segi cirinya.

3.  Asid lemak mungkin terdiri dari 2, 4, 6 atau lebih ( nombor genap ) karbon. Rantai karbon 18 dan 20 adalah penting dalam pemakanan.

4.  Asid lemak mungkin tepu atau tidak tepu. Asid lemak tak-tepu mungkin mempunyai satu atau lebih titik tidak tepu
( mungkin mono atau politaktepu ).  Titik-titik ini terletak pada bersebelahan karbon tiga, enam, dan sembilan dari hujung metil ( Rajah 1.2 ) rantai karbon.

Rajah 1.2:  Asid asetik

5.  Asid-asid lemak politaktepu yang penting dalam pemakanan adalah yang mempunyai titik taktepu pertama bersebelahan karbon 3 ( dikenali sebagai asid lemak omega-3 ) atau bersebelahan karbon 6 ( omega-6).

6.  Asid lemak 18 karbon yang memenuhi ciri ini ialah asid linolenik ( omega-3 ) dan asid linoleik ( omega-6).
 
 

ASID LEMAK

Asid lemak ialah asid organik  - satu rantai atom-atom karbon yang dilekatkan dengan hidrogen.  Ia mempunyai kumpulan asid (COOH) pada satu hujung dan kumpulan metil ( CH3) pada hujung lagi satu.Asid organik yang paling ringkas ialah asid asetik, iaitu sebatian yang memberi rasa masam pada cuka. Ia cuma 2 atom karbon panjang.

Rantai karbon

Kebanyakan asid-lemak semula-jadi mengandungi bilangan genap karbon dalam rantainya, yang berjulat di antara 4 hingga 22.

Asid-lemak 18-karbon:

Rajah 1.3:  Asid stearik

Seperti yang dilihat pada Rajah 3, asid stearik ialah 18 karbon panjang.  Struktur di bawah juga menunjukkan asid stearik, tetapi dengan cara yang lebih mudah( Rajah 4 ). Setiap liku pada garisan zig-zag menunjukkan satu atom karbon dengan 2 atom hidrogen.

Rajah 1. 4 : Asid stearik - dipermudahkan


 

Pembentukan trigliserida

Sangat sedikit asid lemak bebas tedapat dalam makanan atau tubuh. Selalunya ia adalah dalam bentuk trigliserida.
Untuk membentuk trigliserida, tiga asid lemak disambungkan kepada satu molekul gliserol oleh tindak-balas kondensasi(Rajah 5).

Rajah 1. 5:  Kondensasi gliserol dan asid-asid lemak untuk membentuk trigliserida

Untuk membentuk trigliserida, tiga asid lemak melekat pada gliserol dalam tindak-balas kondensasi.
 

                                      Gliserol + 3 asid lemak

Air disingkirkan dari gliserol dan asid-asid lemak, membentuk ikatan di antara O
pada gliserol dan C pada hujung asid setiap asid lemak.
 


 

                               Trigliserida + 3 molekul air

Trigliserida + 3 molekul air

Tiga asid lemak bergabung dengan gliserol  dan membentuk trigliserida dan menghasilkan air.